SEBANYAK 36 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia mahukan waktu kerja fleksibel diberi tumpuan usaha membantu produktiviti pekerja.
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Bagaimana kerajaan bantu produktiviti pekerja?', tiga pilihan jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Daripada 188 responden sejak tengah malam sehingga jam 6 petang Ahad, 34 peratus lagi menyatakan mahu kerajaan membantu meningkatkan produktiviti pekerja dengan memberikan pelepasan cukai.
Manakala 30 peratus responden menyatakan produktiviti pekerja boleh dibantu dengan meningkatkan kemahiran mereka.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" Pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis dan badan bukan kerajaan.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera setiap untuk mengakses soalan yang disediakan.
Astro Awani
Sun Feb 19 2023
Sebanyak 30 peratus responden menyatakan produktiviti pekerja boleh dibantu dengan meningkatkan kemahiran mereka. - Gambar hiasan
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#SuaraMalaysia: 52 peratus sedia jika kerajaan laksana subsidi bersasar
Lebih separuh daripada responden kajian #SuaraMalaysia yang dijalankan Astro AWANI pada Selasa mengenai kesediaan rakyat sekiranya kerajaan melaksanakan subsidi bersasar menyatakan mereka bersedia.
#SuaraMalaysia Belanjawan 2024: Bersediakah jika kerajaan laksana subsidi bersasar?
Pelbagai soalan berkait kehendak serta keperluan rakyat Malaysia diajukan kepada anda menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia.
#SuaraMalaysia: 47 peratus tidak setuju wanita jadi Perdana Menteri
Sebanyak 47 peratus responden menzahirkan rasa tidak setuju untuk menjadikan golongan wanita sebagai Perdana Menteri pada masa akan datang.
#SuaraMalaysia: 36 peratus mahu waktu kerja fleksibel diberi tumpuan untuk tingkat produktiviti
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Bagaimana kerajaan bantu produktiviti pekerja?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
#SuaraMalaysia: 45 peratus responden mahu kadar gaji minimum ditingkatkan
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI. Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Bagaimana Kerajaan boleh bantu untuk tingkatkan pendapatan rakyat?
#SuaraMalaysia: 56 peratus tumpuan kepada kos sara hidup
Kos sara hidup setiap lapisan masyarakat terus menjadi tumpuan utama menjelang pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.
#SuaraMalaysia: Majoriti mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Daripada 1,566 responden sehingga jam 6 petang Sabtu, 22 peratus lagi menyatakan mahu subsidi diberi tumpuan.
#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023
57 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia menyatakan mahu bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023.
#SuaraMalaysia: Majoriti bimbang kos harga barang makanan
85 peratus responden menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi mereka.